Biodata Azzam Sham

Azzam Sham dilahirkan pada 29 Jun 1997. Menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi. Azzam merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Hobinya ialah menyanyi dan melukis. Beliau juga pernah mendalami dalam bidang lakonan dalam drama siri popular iaitu Destinasi G4 yang ditayangkan di TV9 dan sebuah rancangan pendidikan bersiri popular di Astro iaitu Oh My English! Class of 2015 yang memegang watak sebagai Sayur dalam siri tersebut yang ditayangkan di Astro TVIQ & Maya HD. Selain itu, Azzam juga mengeluarkan beberapa single antaranya single keduanya pada tahun 2015 yang berjudul Cinta Sejatiku yang dimainkan di corong-corong radio GEGAR, Hot FM, Best FM dan Nasional FM. Selepas itu, pada tahun 2017, Azzam sekali lagi mengeluarkan single ketiganya yang berjudul Cinta Gila. Azzam juga mempertaruhkan single seterusnya pada tahun 2019 iaitu Biar Saja yang pernah dimainkan di stesen radio popular Malaysia ERA.